IPTV (Televisi Protokol Internet, bahasa Inggris: Internet Protocol Television) adalah sejenis sistem yang mana satu televisi digital disampaikan menggunakan Protokol Internet merentasi sebuah prasarana rangkaian yang dapart merangkumi penyampaian melalui sambungan jalur lebar. Definisi am bagi IPTV ialah kandungan televisin yang bukan disalurkan melalui format penyiaran dan kabel biasa, sebaliknya diterima oleh penonton melalui teknologi yang digunakan untuk rangkaian komputer.

Untuk pengguna perumahan, IPTV sering disediakan bersempena Video atas Permintaan dan dapat diikat dengan perkhidmatan Internet yang lain seperti Web dan VoIP. Pengikatan komersial IPTV, VoIP dan capaian Internet dalam satu pakej dipanggil perkhidmatan “Triple Play” (jika ditambah dengan kemudahan mudah alih menjadi “Quadruple Play”). IPTV biasanya dibekalkan oleh penyedia perkhidmatan yang menggunakan prasarana rangkaian tertutup. Pendekatan rangkaian tertutup ini bersaing dengan penyampaian kandungan TV melalui Internet awam, yaitu Televisi Internet. Dalam perniagaan pula, IPTV dapat digunakan untuk menyampaikan kandungan televisi melalui LAN korporat.